Saturday, October 23, 2010

Katakan TIDAK! Pada Tudung!

Bila bercakap bab tudung, sememangnya ia berkaitan dengan wanita iaitu wanita ‘Islam’ , ia tiada kaitan dengan kaum adam kerana lelaki tidak memakai tudung, kalau ada yang pakai pun, mungkin untuk menyamar…maklumla, dunia sekarang ni, macam-macam yang diluar jangkaan boleh terjadi… Namun bukan isu itu yang ingin penulis utarakan di sini, tetapi isu yang penulis ingin bongkarkan di sini adalah berkaitan dengan tudung…

Sungguh manis dan cantik sekali apabila melihat wanita-wanita mengenakan (memakai) tudung. Lebih manis dari wanita yang tidak menutup auratnya(rambutnya) atau lebih popular dengan jenama ‘freehair’. Alangkah manisnya jika semua wanita ‘Islam’ menjaga auratnya dengan tudung… Tapi, kenapa penulis mengatakan TIDAK! pada tudung!? Kenapa? Salah ke? Hmmm biasanya kita selalu dengar ‘katakan Tak nak! pada rokok! Ini tudung???

Sebenarnya, penulis ingin mengajak diri penulis dan sahabat-sahabat membongkar apakah yang dikatakan dengan TIDAK! pada tudung! itu. Disebalik perkataan ‘TIDAK!’ itu tersimpul bebarapa maksud. Boleh jadi ia bermaksud memperbetulkan sesuatu yang tidak betul dan mengajak kepada yang lebih  betul dan benar (sebagaimana yang digariskan dan disuruh oleh Islam), dan boleh jadi ia membawa maksud meninggalkan sesuatu yang sememangnya tidak betul atau haram (yang dilarang oleh agama Islam). Contohnya seperti ‘katakan TIDAK! pada maksiat!’, ini mengajak dan menyeru orang ramai terutamanya umat Islam supaya meninggalkan atau tidak melakukan serta menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

Itu maksiat, habis tu apa kena mengena dengan tudung???

Suka penulis mengajak sahabat-sahabat memahami suruhan ALLAH SWT didalam firmannya dalam Surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka’. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Firman ALLAH SWT lagi dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“…hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai kedadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir…” (An-Nur : Ayat 31)

Sungguh cantik sekali ajaran Islam untuk kaum hawanya spertimana FirmanNYA di atas, jelas sekali Islam mengajar dan menyuruh wanita-wanita Islam agar memelihara auratnya serta melabuhkan tudungnya bagi menutup bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya didedah.

Namun, bagaimana wanita Islam hari ini???

Wanita hari ini, kebanyakan mereka menutup aurat dan memakai tudung tidak mengikut kehendak yang telah digariskan oleh syarak. Mereka menganggap, dengan memakai tudung sudah cukup dinamakan ‘menutup aurat’. Betulkah begitu???

- Mereka memakai tudung, tetapi tudung yang jarang sehingga menampakkan leher dan rambut.
- Memakai tudung tetapi tudungnya singkat, diselimpang ke atas bahu sehingga menampakkan bentuk dan mendedahkan dadanya.
- Memakai tudung tetapi bajunya sendat, ketat, nipis sehingga menampakkan bentuk badan dan ada kalanya menampakkan badan.
- Memakai tudung, tetapi melakukan maksiat.

Jadi, Katakan TIDAK! pada tudung….

- Yang jarang yang menampakkan leher serta rambut.
- Yang singkat yang boleh mendedahkan dadanya. Contohnya trend tudung sekarang popular dengan tudung ariani@ekin. Bagi penulis, tudung ariani@ekin ini tidak menepati ciri-ciri yang digaris dan diajarkan dalam Islam kerana kebanyakkan tudungnya agak pendek dan jika labuh pun, ia menampakkan bentuk dada. Betul tak??? Kalau tidak percaya, lihatlah sendiri…
- Kalau pakai tudung tapi mendedahkan aurat dengan memakai baju ketat, nipis, jarang, sendat, singkat dan sebagainya. Kalau berpakaian seperti ini, rasanya lebih baik jangan pakai tudung. Inilah dikatakan oleh hadis Nabi S.A.W yang mengatakan bahawa umatnya akhir zaman ”Berpakaian Tapi Telanjang”. Mungkin inilah yang dimaksudkan Baginda… Sama-sama fikir-fikirkan…
- Kalau pakai tudung, tapi melakukan maksiat. Ini lebih teruk lagi sebab telah mencemarkan kesucian Islam.

Jadi, pesanan penulis kepada diri penulis dan wanita-wanita Islam (terutamanya sahabat-sahabat penulis di Fakulti Pengajian Islam dan Mahasiswi Islam UKM), JOM jaga aurat dan labuhkan tudung anda mengikutlah garis panduan yang diajarkan dalam Islam dan katakana TIDAK! pada tudung yang tidak menepati ciri-ciri yang dianjurkan oleh Islam…

Semoga kita semua tergolong dalam wanita solehah… Seindah hiasan adalah wanita solehah…

No comments:

Post a Comment