Saturday, October 23, 2010

Maafkan aku duhai Sahabat...bukan aku pinta...

Sedang penulis termenung jauh, tiba-tiba penulis teringat akan pertanyaan seorang sahabat penulis, "Dimanakah sahabat sejati?" Ya, dimanakah sahabat sejati? Susah sangat ke nak cari sahabat sejati? 

Bila bercakap soal sahabat sejati ni, tiba-tiba teringat penulis pada kawan-kawan lama masa sekolah dulu, masa belajar di Kolej dulu... Ape khabar ek mereka semua? Didoakan agar mereka semua berada dalam lindungan Allah sntiasa...ameen.

Penulis ingin berkongsi cerita dan pengalaman yang pernah penulis lalui... Saje untuk dijadikan iktibar kepada pembaca semua... Betul kan, kalau kita menganiayai orang, Allah akan balas... inilah yang terjadi kepada penulis... Kisah ini memang penulis tidak dapat lupakan dan ia menjadi pengajaran untuk diri penulis... 

"maafkan aku duhai sahabat...bukan aku pinta semua itu..."

Penulis masih ingat lagi sewaktu penulis menuntut di Kolej, setiap 2 minggu sekali, penulis akan pulang ke rumah untuk bercuti. Al-maklumla, tempat penulis belajar dengan rumah tidak la jauh mana, lebih kurang dalam 1 jam lebih je...

Suatu hari tu, penulis berjumpa dengan seorang kawan sekelas penulis yang satu tempat (rumah kampung yang sama) dengan penulis. Penulis bertanyakan kepadanya sama ada dia mahu pulang ke rumah atau tidak? Kawan penulis itu mengatakan dia juga mahu pulang minggu itu dan mengajak penulis pulang sama (balik sekali) dan janji nak naik bas pukul 2. 

Jadi, nak dipendekkan cerita, pada hari kejadian, penulis bersiap-siap untuk pulang dan menunggu sahabat penulis di bilik sebab janji kawan penulis, dia nak datang ke blok kediaman penulis. Tunggu punya tunggu, kawan penulis itu tidak juga muncul...jam di tangan sudah hampir menunjukkan pukul 2.05 petang. Penulis berasa amat risau takut-takut terlepas bas dan terjadi pape pada sahabat penulis. Jadi penulis mengambil keputusan untuk menalifon sahabat penulis, namun gagal kerana tidak diangkat. Lalu penulis menghantar mesej (SMS) kepadanya. Juga tidak dibalas...

Lalu keputusan penulis yang terakhir adalah dengan melangkahkan kaki menuju ke blok kediaman sahabat penulis itu... dari bawah blok penulis menjerit sedikit memanggil nama sahabat penulis tetapi juga tidak kelihatan.. Lalu penulis terus menaiki tangga menuju ke biliknya... sedang penulis menaiki tangga, tiba-tiba penulis ditegur oleh sahabat penulis yang lain yangjuga merupakan rakan sebilik sahabat penulis tadi. Penulis bertanyakan sama ada sahabat penulis itu ada di bilik atau tidak?

Ha???? Ya Allah....

Tersentap bagaikan nak pengsan penulis apabila diberitahu bahawa sahabat penulis itu sudah balik dan keluar pada jam 1.50 petang td... 
"Eh, dia baru je balik, ko tak balik sekali ke? Dia balik dengan B (kawan penulis yang juga satu kampung dengan penulis)..." itulah kata-kata sahabat sebilik dengan sahabat penulis tadi. Tanpa menunggu lagi, penulis cepat-cepat mencapai beg dan terus berjalan laju sebab risau takut ketinggalan bas jam 2.20 ptg...

Dengan pantas penulis berjalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sambil berjalan itu jugalah air mata penulis mengalir... hati kecil penulis berbunyi "sampai hati kau buat aku macam ni...aku tunggu kau kat bilik, kau janji nak balik dengan aku, tapi kau tipu aku! Kau tinggalkan aku...inikah yang dikatakan kawan? Jangan sampai terjadi pape pada kau..." itulah luahan kecil hati penulis diiringi air mata sambil terus melangkah menuju ke hentian bas depan kolej.

Sebaik tiba di masjid kolej, hanya beberapa langkah sahaja keluar dari pintu pagar kolej, tiba-tiba bas yang ingin penulis naik, telah lalu di depan mata begitu saja...tidak sempat untuk penulis kejar bas berkenaan... yang menambahkan  kekecewaan dan makin laju penulis menangis apabila melihat di dalam bas berkenaan ada sahabat penulis yang penulis tunggu untuk balik bersama tadi. Dengan gembiranya dia di dalam bas sedangkan aku menangis ditipu dan ditinggalkan...

Penulis menguatkan hati dan terus melangkah perlahan menuju ke hentian bas untuk menunggu bas yang seterusnya pada jam 3.30 petang. Alhamdulillah, penulis akhirnya selamat tiba di rumah dengan menaiki bas jam 3.30 petang.

terjumpa dengan adik junior...

Selang beberapa hari selepas kejadian itu, tiba-tiba penulis ditegur oleh seorang adik junior penulis... kami pun berbual-bual. Jenior penulis itu berasal dari Singapor dan dia memberitahu penulis bahawa dia mempunyai keluarga angkat di kampung ku...
"Akak tak balik rumah ke minggu lepas? Kak ***** balik... dia naik bas sekali ngan saya lah...." jenioar ku menyoal...

lalu aku menjawab: "Eh, akak balik je minggu lepas, tapi akak naik bas pukul 3.30 sebab akak tak sempat naik bas kul 2 tu..." Jawabku bersahaja...

Lalu juniorku memberitahu aku sesuatu....

"Akak nak tau tak, masa dalam bas tu, ada seorang laki tu, dia mabuk, lepastu laki tu muntah dan terkena kain kak *****... apalagi, merah padam la muka kak***** sebab baju dia kena muntah n ramai pula yang tengok dia, da la bau busuk!"

Ya Allah, terkejut aku mendengar cerita adik juniorku itu...

"Ye ke? Akak tak tau la plak..." jawabku begitu sahaja...

Aku merenung jauh dan memikirkan cerita adik juniorku mengenai sahabat ku itu... Ya Allah, inikah balasan yang Engkau berikan pada sahabatku itu??? 
Maafkan ku sahabat, bukan itu yang ku doakan, bukan itu yang ku pinta... tapi Allah itu Maha Berkuasa...DIA berhak melakukan apa sahaja ke atas hamba-hambaNYA... itulah balasan yang Allah bagi jika kita menganiayai orang, Allah pasti akan balas...

Itulah peristiwa yang memberi pengajaran yang bermakna pada diri penulis yang penulis jadikan ia satu peringatan untuk diri penulis agar tidak menganiaya orang lain dan ikhlas dalam bersahabat...

Jadi pesanan penulis untuk pembaca, ikhlaskan lah hati dalam bersahabat dan jadilah sahabat yang betul-betul sahabat...jangan mengharap apa-apa dalam berkawan...

Salam Ukhuwahfillah dari penulis untuk sahabat semua...(^_^)

No comments:

Post a Comment